make cash

Sunday

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR PAYPAL?

Sebagaimana yang saya kongsikan sebelum ini, Paypal adalah salah satu jenis akaun transaksi pembayaran internet:


  • Ia adalah kaedah yang mudah dan selamat untuk anda terima bayaran.
  • Ia menerima bayaran lebih dari 24 jenis mata wang dunia dan ia juga terus akses ke perbankan internet bank tempatan anda untuk anda mengeluarkan bayaran yang diterima.
  • Ia bersifat “Top Up” dan “Withdawal”.
  • Senang dan percuma untuk daftar.
  • Daftar dengan menggunakan alamat email anda sebagai nombor akaun.
  • Pilih “Premier” sebagai jenis akaun anda, kerana “Premier” akaun membolehkan anda menerima dan mengeluarkan bayaran.
  • Namun sekiranya anda ingin memulakan perniagaan online, seperti buat blog jualan atau sebagainya, pilih “Business” sebagai jenis akaun anda kerana ia menerima bayaran kad kredit dari pelanggan.


Mendaftarnya cukup mudah, klik di sini sehingga keluar paparan berikut:




Klik ruangan butang “Sign Up Today” sehingga keluar paparan berikut:    




Pilih Malaysia sebagai negera pilihan dan terus klik ruangan butang “Get Started” Premier sebagai akaun pilihan. Sekiranya anda ingin membuka kedai jualan online, pilih Business sebagai akaun pilihan. Ruangan maklumat penama akan terpapar:





Isi maklumat anda dengan lengkap mengikut kepada setiap ruangan dan klik ruangan butang “Agree and Create Account” untuk ke paparan berikut:




Apabila ruangan ini terpapar, cari perkataan “Go to My Account” di bahagian bawah dan klik diruangan butang itu. Periksa e-mel anda kerana paypal akan menghantar e-mel untuk pengesahan akaun. Klik untuk pengesahan dan anda akan kembali ke akaun paypal anda dengan paparan berikut:





Masukkan password paypal anda dan klik ruangan butang “Login” untuk ke paparan berikut:





Pilih dan jawab soalan keselamatan kemudian klik pada ruangan butang “Submit” untuk ke paparan berikut:




Tahniah kerana anda telah berjaya mendaftar dan membuka akaun paypal. Sekiranya anda ingin memasukkan duit hanya pergi ke ruangan “Top-Up” dan sekiranya anda ingin memindahkan duit ke akaun bank anda pergi ke ruangan “Withdraw”. Sekian dari saya.


* Moga blog ini membantu anda dalam melayari dunia pekerjaan internet. Hantarkan komen atau cadangan kepada saya dan kongsikan dengan yang lain.










2 comments:

syahid ismail said...

ilmu baru yg amat berfaedah...baru tau apa itu pay pal...

egreen said...

terima kasih, sebenarnya banyak kegunaan paypal, selain sebagai akaun internet kita, ia mudahkan kita untuk jual beli secara online jg...