make cash

FREELANCE

MENULIS, BERGAMBAR, BERVIDEO, KONGSI DAN TERIMA BAYARAN


Apa itu Freelance?

Soalan ini pasti bermain diminda anda. Freelance ini ditafsirkan sebagai seseorang yang bekerja di atas kaki sendiri iaitu berdikari dan tidak terikat komitmen dengan mana-mana majikan.

Ia melibatkan pelbagai bidang seperti penulisan, penerbitan, novelis, skrip, jurnal gambar, aturcara, pengurusan, rakaman video, juru edit, penyalinan bertulis, pereka cipta, pereka grafik, konsultan, penterjemah dan bermacam lagi.

Melalui bidang-bidang ini anda boleh mencari pendapatan secara sampingan, tetap dan tidak mustahil, selagi hasil kerja anda ditonton umum, anda akan dibayar royalti. Semua ini boleh dilakukan kini secara online.

Terdapat banyak laman sesawang tempatan dan antarabangsa yang menawarkan peluang pekerjaan secara freelance ini.

Hanya menyertai mereka, pilih bidang yang anda sukai, ada sebahagian kerja yang memerlukan anda untuk membuat tawaran, mulakan langkah anda dengan teliti, hantar dan andai berjaya anda mula menerima bayaran.

Antara kaedah bayaran yang diguna pakai oleh laman sesawang yang menyediakan rangkaian ini adalah bayaran bagi setiap kerja, bayaran bagi setiap hasil yang dihantar, bayaran perkongsian bagi setiap muat turun atau bayaran bagi setiap bacaan secara online oleh pengunjung laman sesawang mereka dan banyak lagi.

Sekiranya anda ingin menjadi seorang freelance dan memperoleh bayaran dari apa yang anda lakukan, layarilah rangkaian di bawah ini:

  • You My – laman sesawang Malaysia yang menyediakan direktori pekerjaan freelance dan peluang pekerjaan lain.

  • Monster Com – laman sesawang Malaysia yang menyediakan direktori pekerjaan freelance dan peluang pekerjaan lain.

  • Asia Part Time – laman sesawang yang menyediakan direktori pekerjaan freelance dan peluang pekerjaan lain.

  • Career Jet – laman engin pencarian Malaysia yang menyediakan direktori pekerjaan termasuk freelance.

  • Part Time Post – laman sesawang Malaysia percuma untuk direktori pekerjaan freelance.

  • I Freelance – laman sesawang antarabangsa yang menyediakan peluang kerja bagi mereka yang pakar dalam pembangunan komputer.

  • Freelancer – laman sesawang yang yang membuka dan memberikan pelbagai lapangan kerja kepada freelance.

  • Job Opening – laman sesawang direktori untuk freelance memdapatkan kerja yang diingini.

  • Elance – laman sesawang yang mencari kepakaran freelance untuk menyelesaikan kerja-kerja mereka.

  • Odesk – juga antara laman sesawang yang mencari kepakaran freelance untuk menyelesaikan kerja-kerja mereka.

  • Xomba – laman sesawang komuniti penulisan freelance. Berkongsi dan terima royalti.

  • Bukisa – juga laman sesawang komuniti penulisan freelance. Berkongsi dan terima royalti.

  • Helium – juga laman sesawang komuniti penulisan freelance. Berkongsi dan terima royalti.

  • Examiner – juga laman sesawang komuniti penulisan freelance. Berkongsi dan terima royalti.

  • Flixya – laman sesawang yang menyediakan platform berkongsi gambar, video, blog dan lain-lain lagi. Membolehkan anda memperoleh bayaran sampingan atasnya.

  • Tutorial9 – laman sesawang perkongsian kaedah atau cara guna sesuatu software. Membolehkan anda memperoleh bayaran sampingan atasnya.

  • Info Barreal – laman sesawang pengkongsian apa jua cerita dan dapatkan royalti.

  • Ehow – antara laman sesawang yang menerima pelbagai cabang penulisan yang boleh di kongsi dan terima royalti.

  • Suite 101 – juga antara laman sesawang yang menerima pelbagai cabang penulisan yang boleh di kongsi dan terima royalti.

  • Fotolia – antara laman sesawang bagi anda yang meminati bidang jurufoto yang ingin memperoleh royalti dari aset foto-foto anda. Juga menyediakan laman jualan foto kreatif yang murah.

  • ShutterStock – juga antara laman sesawang bagi anda yang meminati bidang jurufoto yang ingin memperoleh royalti dari aset foto-foto anda. Juga menyediakan laman jualan foto kreatif yang murah.

  • IstockPhoto - juga antara laman sesawang bagi anda yang meminati bidang jurufoto yang ingin memperoleh royalti dari aset foto-foto anda. Juga menyediakan laman jualan foto kreatif yang murah.

  • DreamTime - juga antara laman sesawang bagi anda yang meminati bidang jurufoto yang ingin memperoleh royalti dari aset foto-foto anda. Juga menyediakan laman jualan foto kreatif yang murah.

Jangan lupa mendaftar akaun Paypal anda. Daftarlah segera dengan klik di sini dan anda selangkah ke dunia pekerjaan internet.


* Moga blog ini membantu anda dalam melayari dunia pekerjaan internet. Hantarkan komen atau cadangan kepada saya dan kongsikan dengan yang lain.










No comments: