AFFILIATE


Anda sudah membina blog atau laman sesawang sendiri? Jangan lupa untuk anda meletakkan ads atau iklan pada blog atau laman sesawang dan anda. Dengan meletakkan ads atau iklan, inilah cara untuk anda memperoleh pendapatan melalui blog atau laman sesawang.

Dimana Boleh Dapatkan Ads Atau Iklan Ini?

Soalan ini mungkin bermain difikiran anda. Anda boleh dapatkan ads atau segala jenis iklan dengan menyertai rangkaian affiliate atau program affiliate yang menyediakan bermacam jenis ads atau iklan. Dan terdapat tiga kategori ads atau iklan-iklan berbayar untuk anda pilih dan letakkan ke dalam blog atau laman sesawang anda:

  • Pay Per Click – anda akan dibayar apabila orang hanya klik ads atau iklan di blog atau laman sesawang anda.

  • Pay Per Lead – anda akan dibayar apabila ada orang yang mendaftar pada ads di blog atau laman sesawang anda. Ia mungkin “newsletter”, “email”, “borang penyertaan” dan sebagainya.

  • Pay Per Sale ­– anda akan dibayar apabila ada orang yang membeli produk pada ads di blog atau laman sesawang anda. Biasanya anda akan mendapat pembayaran yang tinggi melalui ads atau iklan klik ini.


Apa Program Yang Boleh Saya Sertai?

Terdapat banyak syarikat laman sesawang yang menyediakan program berbentuk seperti ini. Di bawah adalah antara sebahagian laman sesawang yang memberikan rangkaian affiliate atau program affiliate yang boleh anda sertai.

Mereka menerima peserta dari Malaysia tetapi dengan bersyarat. Ada yang menetapkan anda hanya perlu mempunyai blog platfom percuma dan ada sebahagian yang memerlukan anda mempunyai domain dan host blog berbayar sendiri.

Untuk memperoleh domain dan host blog berbayar sendiri, anda perlukan blog platfom berbayar seperti:







Blog platfom yang saya cadangkan adalah antara yang baik dalam memberikan servis naik taraf blog kepada domain dan host blog sendiri.

Rangkaian Affiliate Atau Program Affiliate Yang Boleh Anda Sertai.


  • Advertlets – satu lagi talian pengiklanan untuk blog-blog di Malaysia.

  • MyDeal.com.my – daftar dan promosikan ads atau iklan yang berkaitan dengan makanan dan pelancongan di Malaysia

  • Google Ad sense – antara rangkaian program ads atau iklan terbesar, amat berbaloi menyertai program ini. Membayar melalui cek atau Western Union Money Transfer.


  • ClickBank – antara laman sesawang pioneer yang memberikan anda peluang perniagaan secara online. Membayar melalui Paypal.

  • Shareasale Affiliate Network – salah satu laman sesawang yang berkongsepkan ads atau iklan pay per click, pay per lead dan pay per sale. Membayar melalui cek.

  • MaxBounty – laman sesawang yang menyediakan banyak pautan berbayar untuk anda pilih. Membayar melalui Paypal.

  • Commission Junction – juga laman sesawang yang menyediakan banyak pautan berbayar untuk anda pilih. Membayar melalui cek.

  • Panthera Network – laman sesawang ini adalah pilihan bagi mereka yang ingin menyertai panel kajian berbayar dan mempromosikannya. Bayaran pertama melalui cek dan seterusnya melalui Paypal.


  • AdHitz - antara rangkaian program ads atau iklan berbannner, amat berbaloi menyertai program ini.


Diharap informasi ini dapat membantu anda di dalam dunia pekerjaan internet, mulakan sekarang dan anda sudah boleh menjana pendapatan pasif melaluinya. Sertai mereka dengan percuma dan anda akan memdapat keuntungan dengan blog atau laman sesawang anda.

Jangan lupa mendaftar akaun Paypal anda. Daftarlah segera dengan klik di sini dan anda selangkah ke dunia pekerjaan internet.


* Moga blog ini membantu anda dalam melayari dunia pekerjaan internet. Hantarkan komen atau cadangan kepada saya dan kongsikan dengan yang lain.










2 comments:

Anonymous said...

Banyak rupenye website pilihan iklan....

egreen said...

betul, dan ada banyak lagi laman2 sesawang yang menyediakan platform untuk mencari duit, saya akan cuba kupas laman2 lain nanti...