Friday

MINGGU YANG CERIA DENGAN REZEKI



Salamualik dan salam sejahtera dari saya, entri minggu ini saya cuma hendak kongsikan cerita gembira dan rasa syukur atas rezeki yang saya perolehi secara pekerjaan online ini.

Banyak juga kerja dan tugasan online yang dapat disiapkan dalam minggu ini. Walaupun tidak sepenuh masa, namun rezeki yang diterima cukup membuatkan diri ini ceria dan bersyukur J

Hendak cerita semua banyak sangat, tapi antara kerja dan tugasan yang paling seronok saya siapkan adalah menjawab survey secara online.

Kenapa seronok? Sebenarnya dengan menyertai program sebegini, selain kita memperoleh pendapatan sampingan, kita juga dapat belajar sesuatu dari apa yang disampaikan.

Dalam masa yang sama penguasaan kita dalam bahasa inggeris juga bertambah. Al-maklumlah, kamus kena ada bersama J. Tidak kiralah kamus buku atau kamus online, sekurang-kurangnya dapat tambah ilmu.

Di bawah ini antara panggilan survey yang saya terima dan telah pun menyelesaikannya.


Survey Head – Panel Kajian ini biasanya akan terus membayar kita setelah selesai menjawab.




Global Test Market – Panel Kajian ini berbeza sedikit, mereka tidak terus membayar kita, tetapi dengan menjawab setiap panggilan survey, markah akan diberi dan jumlah yang terkumpul itu yang kita akan tebus dengan nilai dollar.

Umpama bentuk akaun simpanan kita juga la J




Banyak lagi sebenarnya panel-panel kajian yang membayar kita bagi setiap survey yang dihantar dan diselesaikan. Walaupun tidak kerap menerima panggilan survey, tetapi pada saya berbaloi juga dengan masa yang kita luangkan.

Teruslah membaca entri Panel Kajian, di situ banyak panel kajian berbayar yang telah saya senaraikan. Mudah dan ringkaskan, sertailah mereka sekarang dan mulakan kerja anda sambil menimba ilmu.


* Moga blog ini membantu anda dalam melayari dunia pekerjaan internet. Hantarkan komen atau cadangan kepada saya dan kongsikan dengan yang lain.










No comments: